Friday 18 October 2013

BAJU TUNANG DAH SIAP !!


 photo 967977eyyq78pmbq_zps0ec4a99e.gif photo 967977eyyq78pmbq_zps0ec4a99e.gif

 photo 550452sulha8orwd_zpsa611780d.gifahhhhahhhhhhhaaaaaa....!!! Baju tunangku dah siap. Excited rasa walau waktu yang dinantikan untuk pakai baju ni lama lagi....tapi sekurang-kurangnya baju yang asilah nak dah sampai... lega rasa.....huh...sampai mimpi dapat baju yang tak mengikut keinginan....nak warna lain dapat warna lain..

Sekarang ini cuma setting untuk hari yang bakal tiba ini. Flash back pada page yang lepas Majlis Pertunangan asilah ada kongsi lah tips untuk majlis pertunangan yang simple mimple. Ikutkan kita ni nak bagi semua benda yang baik bagi jadi......sudah dua hati mengatakan cinta sehidup semati apalagi satukanlah niat yang murni ke jalan yang halal.....cehwah...

Disini Asilah nak berkongsilah serba sedikit untuk plan Majlis Pertunangan seperti yang diinginkan :

1. Cincin pertunangan

Macam-macam jenis cincin yang Asilah tunjukkan untuk tatapan korang. Ini terletak pada budget dan pilihan hati koranglah....tapi berpada-pada jangan sampai nak beli cincin semata-mata sanggup berhabis duit. Kesian pada pihak lelaki lah terpaksa "berhabis duit" untuk mengikut keinginan kekasih hati yang dicintainya.
Pilih....pilih...jangan tak pilih....hehehe

2. Baju tunang / persalinan
Kalau boleh pilihlah yang simple jangan sarat sangat dengan manik-manik bagai.....nanti dah macam nak sanding pulak. Simple dan cantik kerana baju tunang ni selalunya kita beli terus simpan dan kalau pilih yang terlalu heavy sangat nanti takut tak terpakai kemudian hari. Tapi lain pula bagi yang ambil package baju tunang + pelamin dengan kedai andaman tu lain ceritalah.....

3. Barang hantaran dan hiasan hantaran


Haa...kn...asilah memang suka letak gambar banyak bagi contoh sebab kalau tgk blog orang memang suka tengok gambar dari baca apa yang orang tu tulis.hehe. Bagi asilah barang hantaran tidak perlu berlebih-lebih, sekadar simple dan buat mana yang penting je sebab tak berlaku pembaziran dan terlebih bajet. Berbincanglah dengan pasangan anda untuk baranh apa yang perlu di balas kedua belah pihak.

4. Pelamin bertunang


Pelamin sebenarnya adalah mengikut keperluan. Tetapi pada masa kini semakin menjadi trend di majlis pertunangan kerana kebijaksanaan kedai/butik pengantin membuat pelamin untuk tunang. Dulu-dulu takde pun, sarung cincin kat bilik je. Takde pelamin-pelamin bagai ni......tapi kadang-kadang pengaruh dari trend artis-artis juga.......kann......

5. Solekan bertunang

Hmm....memang perlulah bersolek di hari pertunangan kerana nak nampak lain dari biasa. Dah pakai baju cantik-cantik takkan lah muka pun tak nak cantik. Tapi seeloknya solekan biarlah nampak simple dan natural supaya tidak nampak 'over'....takut orang nak tengok nanti. Lagi-lagi bakal mak mertua......hahaha..takut tersalah sarung cincin bila terkejut tengok bakal menantunya macam hantu......hehe.

6. Tetamu

Tetamu yang bakal hadir mesti diambil kira kerana untuk pihak kita (perempuan) mengatur tempat, makanan, serta cenderamata untuk tetamu yang hadir. Bincang2 dengan pasangan ye.

7. Doorgift / goodies



Variety doorgift untuk para tetamu pihak lelaki yang hadir mestilah cute miut........hehe sekadar yang mampu lah. Kalau boleh bagi pemakanan sebab cenderahati tunang ni selalunya orang malas nak simpan. Kalau makanan kan dah boleh habiskan dan buang.hehe

8. Makanan


Makanan biar suci dan murni.....bersih dan sedap ye....cehwah...sebab kini berlaku macam-macam kes keracunan makanan. Biarlah kita hidangkan pada orang yang datang benda yang sihat dan bersih bukan untuk mendatangkan maut.

 photo 1533457f7obzzim6m_zps7a9635c8.gifMajlis mestilah dirancang dari awal kerana perancangan awal akan memudahkan lagi perjalanan majlis pertunangan tersebut. Bila semua dah beli awal nanti di saat akhir takde lah terlebih bajet. Pengurusan awal akan menyempurnakan majlis tu nanti. Pastikan semuanya berjalan lancar serta perbincangan dengan kedua belah pihak mesti saksama supaya masa majlis tu takde drama sedih plak yang melanda.......

Saturday 12 October 2013

Resepi Hot Pot Potatoes / Lasagna Potatoes

 photo 724608s7aonrbepf_zpsbb182202.gifLama tak update blog. Busy dan komputer kongsi-kongsi kadang2 berebut nak pakai...tu yang dapat jap je luang masa dengan lappy ni.
Oklah tak nak buang masa.....di kesempatan cuti ini Asilah and the geng (my sis and my bro) memasak benda yang mak tak pernah masak.

 photo 1853284x1txfg59vh_zps939b6ca8.gif
Bahan A ( Untuk inti dalam lagsana potatoes ) :

2 labu        Bawang besar
4 biji          Bawang putih
2 biji          Lada merah
   1/2 inci              Halia
   2 sudu teh       Lada boh
   500 g             Ayam kisar
   1 mangkuk     Sayur campur ( ikut suka korang lah nak letak berapa banyak )
   2 sudu teh       Serbuk kari

*Inti dia korang boleh ikut citarasa sendiri sebenarnya ye...

 photo 1853284x1txfg59vh_zps939b6ca8.gifBahan B ( Untuk topping atas inti tadi ) :

2@3 biji          Kentang ( ikut kesesuaian bekas yang diguna )
1 bungkus        Keju Mozarella
1-2 sudu teh    Minyak Zaitun ( untuk dilumur pada kentang yang sudah dihiris nipis )
 Secubit   Garam ( dilumur juga bersama minyak zaitun pada kentang tadi )

 photo 1853284x1txfg59vh_zps939b6ca8.gifCara-caranya :

1. Buat intinya dulu lah kan.......tumiskan bawang merah dan lada merah yang telah dihiris. kemudian tumis lada boh diikuti dengan bawang putih dan bawang merah yang telah dikisar. Dah baik bau masuk pula ayam kisar serta sayur campur kedalam tumisan itu tadi.

Ini adalah hasil tumisan itu tadi


2. Kemudian susunkan lapisan kentang yang telah dipotong nipis-nipis tu di bawah bekas yang nak digunakan.

Susunkan kemas-kemas ye dan potong pun kalau boleh nipi-nipis2 supaya kentang cepat masak

3. Kemudian letakkan inti yang telah ditumis tadi.
Kalau boleh inti jangan berair sangat sebab bila bakar nanti airnya akan keluar.

4. Tutupkan inti dengan kentang yang dihiris nipis tu tadi. Kalau boleh hiris nipis-nipis supaya cepat masak ye.

Tutupkan rapat-rapat ye.

5. Last but not list, tabur keju Mozarella kat atas kentang tu tadi.
Letak keju banyak pun takpe sebab keju tu gaklah penyedapnya.

6. Kemudian bakar dalam oven 180' selama 45min @ bergantung pada empuknya kentang ye.



hmm...pakai loyang biasa je sebab 1st time nak buat takut tak jadi...hehe


SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!!!!!

 photo 443081fwtx95sy3b_zps0a2f3298.gif photo 443081fwtx95sy3b_zps0a2f3298.gif photo 443081fwtx95sy3b_zps0a2f3298.gif photo 443081fwtx95sy3b_zps0a2f3298.gif photo 443081fwtx95sy3b_zps0a2f3298.gif photo 443081fwtx95sy3b_zps0a2f3298.gif photo 443081fwtx95sy3b_zps0a2f3298.gif