Thursday 26 September 2013

Menangani Stress Di Pejabat...


Haa....nilah gamaknya kalau dah tiba akhir bulan......waktu yang stress untuk buat .....

dokumen!!!!


Inilah waktuya rasa macam nak......

uwaaaaaaaa.......!!!!!

 photo 623353v49j2qtgk8_zpse57c0ea2.gif Time-time hujung bulan ni bagi 'Office Worker' terutama bahagian kewangan dan sumber manusia pastinya sedang menghadapi saat-saat yang memeningkan dan sibuk dengan pengurusan dokumen serta jualan. Itulah yang berlaku pada Asilah....huh tapi yang penting kalau semuanya sudah di uruskan sikit-sikit dari awal semestinya pada hujung bulan cmni tak delah tekanan sangat.


Ni antara tips-tips untuk mengawal stress di tempat kerja yang Asilah nak kongsikan...:


  1. Berehat sebentar Bukan mahu galakkan anda ponteng kerja, tetapi cari masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk menenangkan fikiran anda. Seboleh-bolehnya keluar pejabat sebentar untuk tenangkan diri atau tidur sebentar selama 10-15minit di waktu rehat. Cara ini juga dapat membantu anda mengurangkan kekusutan fikiran anda dan ternyata ia membantu!
  2. Tarik nafas dalam-dalam Sangat mudah. Pejamkan mata dan tarik nafas dalam-dalam. Ia dapat  membantu anda supaya bernafas dengan betul dan mengurangkan tekanan dalam jangka masa yang pendek.
  3. Buat aktiviti menarik semasa cuti Walaupun anda menghadapi tekanan di tempat kerja, seeloknya jangan bawa masalah itu kerumah dan membebankan ahli keluarga lain. Di masa senggang, lakukan aktiviti kegemaran anda untuk menghilangkan stress seperti berkelah, karaoke, makan makanan kegemaran, balik kampong dan sebagainya.
  4. Layari laman web anti-stres  Di internet, terdapat pelbagai laman web yang boleh anda lawati untuk menghilangkan stress di pejabat ( Jika internet tidak di block dipejabat ) seperti 9gag, UberHumor, CollegeHumor, Cracked dan pelbagai lagi. Atau anda boleh melayari YouTube di waktu rehat.
  5. Ketawa  dan senyum memang sukar hendak ketawa jika sedang berada dalam keadaan stress. Tapi ia tidak mustahil. Cuba fikirkan perkara yang membuatkan anda tersenyum seperti hidangan kek coklat lazat, kekasih hati anda, kereta idaman anda, atau lawak-lawak yang dapat membuatkan anda tersenyum sekurang-kurangnya. Selain itu, tampal kata-kata semangat di bilik pejabat anda untuk menaikkan semangat anda.
  6. Makan dengan betul Selalunya bila kita tertekan, kita mudah makan apa saja untuk menghilangkan tekanan. Tetapi ia akan memudaratkan jika anda gagal mengawal pemakanan anda. Seeloknya minum dan makan makanan yang berkhasiat. Memanglah tak salah jika anda mahu mengurangkan stress dengan mengambil coklat atau air berkarbonat, tapi biarlah pengambilannya minimum. Makanan seperti : Ikan, sayur brokoli, pasta, almond, susu, daging, buah bluberi, bawang putih, chamomile merupakan antara menu yang dapat membantu anda mengurangkan stress.
  7. Cari pekerjaan lain Jika anda tidak gembira dengan pekerjaan anda sekarang, perlahan-lahan cuba cari pekerjaan yang sesuai dengan anda. Ini juga dapat membantu meringankan tekanan di pejabat yang ada sekarang.


 photo 1956377t6m3n6u6gg_zps488bd247.gif Apa yang penting sekarang ambillah inisiatif ikut keselesaan anda di tempat kerja. Kita kerja dengan rasa gembira baru produktiviti akan meningkat. Ikhlas dan buat yang terbaik untuk kerja anda semoga rezeki yang diperolehi membawa berkat........................................

Sunday 22 September 2013

..Resepi Makaroni Carbonara..

Resepi pertama yang terletak dalam blog ini adalah hasil yang pertama asilah buat benda alah ni.

..Untuk Bahan-bahan yang diperlukan..

Seperti dalam bahan-bahan yang ada dalam gambar di atas :

Bahan-bahannya ( untuk 4-6 orang makan lah ) :


1 bungkus            Makaroni ( Pakai spaghetti pun sedap gak )
1 tin                    Carbonara Mushroom ( jenama Prego yang Asilah guna )
1/4 ml                 Susu segar
1 ikat                  Daun Parsli / daun sup pun boleh..(kalau jenuh nak cari daun parsli tu)
2 sudu teh           keju Parmesan 
1/2 bungkus         Ayam kisar ( ikutlah nak letak berapa banyak pun )
4-5 batang          Sosej 
1 biji                   Bawang Besar ( potong dadu )
3 biji                   Bawang Putih  ( potong dadu juga )
4-5 biji                Cendawan Butang

Cara-cara membuatnya :


1. Rebus makaroni selama 15 minit sampai dia empuk. Letak lah minyak zaitun ke, majerin ke untuk dia tidak melekat satu sama lain ( ikut resepi orang ).

2. Tumis bawang besar dan bawang putih yang dipotong dadu menjadi lebih kecil sampai dia naik bau.

3.  Masukkan ayam kisar tu tadi campur sekali dengan tumisan bawang tadi. Tumis hingga ayam tu masak ye.

4.  Masukkan sosej yang dah dipotong serong. Masukkanlah lada sulah / lada hitam ( ikut seleralah ) sebagai perasa dulu. Letak cendawan tu tadi......tapi asilah tak letak harini sebab 1 bandar pusing cari cendawan        ni takde..!!!!!..huh

5.  Baru masukkan Sos carbonara ( Prego ) yang dah siap dalam botol ke dalam tumisan semua tu tadi. Then masukkanlah garam, susu segar dan keju permesan tu tadi untuk menyedapkan lagi sos makaroni.

6.  Rasa dulu sedap ke tak...tak sedap pandai2lah tambah apa2 ke yang bagi lagi kena dengan selera korang. Pastu siap!......dah boleh hidang tabur keju parmesan dengan daun parsli / daun saderi yang dipotong halus untuk penambah bau sedaap.

* Simple dan mudah je sebenarnya.....



* Cuba-cubalah resepi asilah yang tak tahulah kena ke tak dengan selera korang.....terima kasih pada yang baca ya. (^_^) - Strawberi tu kebetulan ada jadi terletak lah ea....hehe

Thursday 19 September 2013

Pikir-memikir......






Harini asilah.....di dalam pejabat yang sunyi...bosan...dan di saat ini lah masa dan ruang untuk asilah memikir pasal....MAJLIS PERTUNANGAN.



Apa yang korang akan fikir untuk buat dalam majlis tunang korang. First think adalah.....BAJU TUNANG...betul x?


Cantik X.....??



Ni antara sample baju tunang yang asilah memang minat sangat.
Baju Siap + Veil = RM 360.00.
Baju ni dari Butik Leanna Wardrobe.
Baju ni mereka ambil tempahan memang khas untuk baju tunang.
Asilah dah buat tempahan dan sedang menunggu hasilnya bila sampai nanti.....moga-moga ok lah...kalau tak!!...memang menangis berlagu-lagu lah jawabnya dihari majlisku nanti....... huhuhuhuhu..

Hope semua yang asilah rancangkan berjalan lancar...

Doakan asilah ye semua...(^_^)





Kedua adalah....BARANG HANTARAN..

Asilah rasa masa tunang ni just bawa.....


1. SIREH JUNJUNG....



2. TEPAK SIREH


3. MANISAN


4. CINCIN TUNANG

Ini jelah yang penting....sebab asilah taknak susahkan pada pihak lelaki yang datang dari nun jauhnya. Jadi ini jelah seringkas mungkin yang perlu dibawa.....bukan dengan tangan kosong je nak datang minang anak dara orang ni dik oii.......

-Tu jelah yang dapat dikongsikan harini yang ada dalam benak fikiran yang ntah pape harini. Yang penting kita semua enjoy ye...!!.

*Terima kasih kerana membaca.



Wednesday 18 September 2013

Segalanya bermula disini....



Custom Glitter Text

*Terima kasih untuk semua pembaca dan yang sudi singgah di blogku ini..Blog ini diwujudkan untuk jadi pencetus dan perkongsian idea sesama kita.....dan juga boleh dikatakan pelepas waktu2 bosan.hehe..yang penting apa sahaja yang mahu saya kongsikan akan saya update di laman blog ini.Nantikan ye......!!! (^_^)*