Thursday 26 September 2013

Menangani Stress Di Pejabat...


Haa....nilah gamaknya kalau dah tiba akhir bulan......waktu yang stress untuk buat .....

dokumen!!!!


Inilah waktuya rasa macam nak......

uwaaaaaaaa.......!!!!!

 photo 623353v49j2qtgk8_zpse57c0ea2.gif Time-time hujung bulan ni bagi 'Office Worker' terutama bahagian kewangan dan sumber manusia pastinya sedang menghadapi saat-saat yang memeningkan dan sibuk dengan pengurusan dokumen serta jualan. Itulah yang berlaku pada Asilah....huh tapi yang penting kalau semuanya sudah di uruskan sikit-sikit dari awal semestinya pada hujung bulan cmni tak delah tekanan sangat.


Ni antara tips-tips untuk mengawal stress di tempat kerja yang Asilah nak kongsikan...:


  1. Berehat sebentar Bukan mahu galakkan anda ponteng kerja, tetapi cari masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk menenangkan fikiran anda. Seboleh-bolehnya keluar pejabat sebentar untuk tenangkan diri atau tidur sebentar selama 10-15minit di waktu rehat. Cara ini juga dapat membantu anda mengurangkan kekusutan fikiran anda dan ternyata ia membantu!
  2. Tarik nafas dalam-dalam Sangat mudah. Pejamkan mata dan tarik nafas dalam-dalam. Ia dapat  membantu anda supaya bernafas dengan betul dan mengurangkan tekanan dalam jangka masa yang pendek.
  3. Buat aktiviti menarik semasa cuti Walaupun anda menghadapi tekanan di tempat kerja, seeloknya jangan bawa masalah itu kerumah dan membebankan ahli keluarga lain. Di masa senggang, lakukan aktiviti kegemaran anda untuk menghilangkan stress seperti berkelah, karaoke, makan makanan kegemaran, balik kampong dan sebagainya.
  4. Layari laman web anti-stres  Di internet, terdapat pelbagai laman web yang boleh anda lawati untuk menghilangkan stress di pejabat ( Jika internet tidak di block dipejabat ) seperti 9gag, UberHumor, CollegeHumor, Cracked dan pelbagai lagi. Atau anda boleh melayari YouTube di waktu rehat.
  5. Ketawa  dan senyum memang sukar hendak ketawa jika sedang berada dalam keadaan stress. Tapi ia tidak mustahil. Cuba fikirkan perkara yang membuatkan anda tersenyum seperti hidangan kek coklat lazat, kekasih hati anda, kereta idaman anda, atau lawak-lawak yang dapat membuatkan anda tersenyum sekurang-kurangnya. Selain itu, tampal kata-kata semangat di bilik pejabat anda untuk menaikkan semangat anda.
  6. Makan dengan betul Selalunya bila kita tertekan, kita mudah makan apa saja untuk menghilangkan tekanan. Tetapi ia akan memudaratkan jika anda gagal mengawal pemakanan anda. Seeloknya minum dan makan makanan yang berkhasiat. Memanglah tak salah jika anda mahu mengurangkan stress dengan mengambil coklat atau air berkarbonat, tapi biarlah pengambilannya minimum. Makanan seperti : Ikan, sayur brokoli, pasta, almond, susu, daging, buah bluberi, bawang putih, chamomile merupakan antara menu yang dapat membantu anda mengurangkan stress.
  7. Cari pekerjaan lain Jika anda tidak gembira dengan pekerjaan anda sekarang, perlahan-lahan cuba cari pekerjaan yang sesuai dengan anda. Ini juga dapat membantu meringankan tekanan di pejabat yang ada sekarang.


 photo 1956377t6m3n6u6gg_zps488bd247.gif Apa yang penting sekarang ambillah inisiatif ikut keselesaan anda di tempat kerja. Kita kerja dengan rasa gembira baru produktiviti akan meningkat. Ikhlas dan buat yang terbaik untuk kerja anda semoga rezeki yang diperolehi membawa berkat........................................

No comments:

Post a Comment